Menyambut Haul Ke-16 Alm. Al-Maghfurllah Abuya Sayyid Muhammad Maliki

BIOGRAFI AS-SAYYID PROF. DR. MUHAMMAD BIN ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI (MAKKAH – SAUDI ARABIA)

As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang Ulama Islam yang utama pada dasawarsa ini tanpa diragukan lagi, Ulama yang paling dihormati dan dicintai di Kota Suci Makkah. Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Penghulu Ahlil Bait, Imam Hadits di zaman kita, Pemimpin keempat Mazhab, Ketua rohani yang paling berkaliber, Pendakwah ke jalan Allah SWT, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam.

MENZIRAHI BELIAU MERUPAKAN SUATU KEHARUSAN KEPADA PARA ULAMA YANG MENZIARAHI MAKKAH

Keluarga Keturunan beliau merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan Pewaris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui Cucu Baginda Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu Anhum.

Keluarga Al-Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan Alim Ulama Besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak lama.

Lima orang dari keturunan Sayyid Al-Maliki, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Kakek beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan Khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jabatan ini ketika pemerintahan Utsmaniyah serta Hashimiyah, dan seterusnya terus memegang jabatan tersebut setelah Kerajaan Saudi didirikan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat hidup beliau bisa dilihat pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh Cucunya, As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.

Ayah beliau, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang Ulama Makkah termasyhur di abad yang lalu. Beliau telah mengajar perbagai ilmu Islam di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan Murid dari seluruh pelosok Dunia telah mengambil faedah daripada beliau dari kuliah beliau di Masjidil Haram, dan banyak di kalangan mereka telah memegang jabatan penting agama di Negara masing-masing.

Malah, Raja Faisal tidak akan membuat keputusan apa-apa berkaitan dengan Makkah melainkan setelah meminta nasihat kepada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempo 3 hari dari kematian beliau, Stasion Radio Saudi setempat hanya menyiarkan bacaan Al-Qur’an, sesuatu yang tidak pernah dilakukan kecuali hanya untuk beliau.

Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi bisa dilihat di Biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh Anaknya, yang juga merupakan Adik As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki, juga seorang Ulama, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini mengandung tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari Ulama dari seluruh dunia Islam.

Keluarga Al-Maliki juga telah melahirkan banyak Ulama lain, tetapi penulis hanya menyebut Ayah dan Kakek As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan Ulamanya di abad-abad mutakhir.

KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN AWAL

As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1946, di Kota Suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga As-Sayyid Muhammad yang melahirkan Ulama tradisional. Beliau amat beruntung karena memiliki Ayah seperti As-Sayyid Alawi, seorang Ulama paling berilmu di Makkah. Ayah beliau merupakan Guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara pribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Qur’an sejak kecil. Beliau belajar dengan Ayah beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan oleh Ayah beliau kepada beliau.

PENDIDIKAN LANJUT

Dengan arahan Ayahnya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu Islam: Aqidah, Tafsir, Hadits, Fiqh, Usul, Musthalah, Nahwu, Shorrof dan lain-lain, di tangan Ulama-Ulama besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain.

Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadits dan Fiqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh Ayahnya untuk menuntut ilmu di Universitas Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Universitas Al-Azhar As-Syarif. Tesis beliau berkenaan tentang Hadits telah dianggap cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari Alim Ulama unggul di Universitas Al-Azhar As-Syarif ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.

PERJALANAN MENCARI ILMU

Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan Ulama. As-Sayid Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak tempat ke Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari Alim-Ulama yang hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi Masjid-Masjid dan maqam-maqam, serta mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab.

Di setiap tempat ini, beliau menemui para Ulama dan Auliya yang agung, dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka sangat menghormati Ayah beliau yang Alim, dan merupakan suatu kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid.

IJAZAH-IJAZAH

Sistem pengajian tradisional berasaskan kepada ijazah atau ‘Keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Tidak semua orang bisa mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari Alim-Ulama yang terkenal saja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadits, Fiqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada Penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadits dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Syeikh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan Datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.

Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari Alim-Ulama teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para Ulama Agung.

Para Masyayeikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah, mereka merupakan Ulama Besar dari seluruh dunia Islam. Kita bisa menyebutkan sebagian mereka:

DARI MAKKAH:

1) Ayah beliau yang Alim dan Guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki.

2) Syeikh Muhammad Yahya Aman Al-Makki.

3) Syeikh Al-Sayyid Muhammad Al-Arabi Al-Tabbani.

4) Syeikh Hasan Sa‘id Al-Yamani.

5) Syeikh Hasan bin Muhammad Al-Mashshat.

6) Syeikh Muhammad Nur Sayf.

7) Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani.

8) As-Sayyid Muhammad Amin Kutbi.

9) As-Sayyid Ishaq bin Hashim Azuz.

10) Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq.

11) Habib Abdul Qadir bin Aydrus Al-Bar.

12) Syeikh Khalil Abdul Qadir Taybah.

13) Syeikh Abdullah Al-Lahji.

DARI MADINAH:

1) Syeikh Hasan Al-Sya‘ir, Syeikh Al-Qurra of Madinah.

2) Syeikh Diya’uddin Ahmad Al-Qadiri.

3) As-Sayyid Ahmad Yasin Al-Khiyari.

4) Syeikh Muhammad Al-Mustafa Al-Alawi Al-Shinqithi.

5) Syeikh Ibrahim Al-Khatani Al-Bukhari.

6) Syeikh Abdul Ghafur Al-Abbasi Al-Naqshbandi.

DARI HADRAMAUT DAN YAMAN:

1) Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramaut.

2) Syeikh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman.

3) Syeikh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel Al-Ba’Alawi, Mufti Ta‘iz.

4) Al-Imam As-Sayyid Ali bin Abdul Rahman Al-Habsyi.

5) Al-Habib Alawi ibn Abdullah bin Shihab.

6) As-Sayyid Hasan bin Abdul Bari Al-Ahdal.

7) Syeikh Fadhal bin Muhammad Ba Fadhal.

8) Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Attas.

9) Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz.

10) Al-Habib Ahmad Masyhur Al-Haddad.

11) Al-Habib Abdul Qadir Al-Saqqaf.

DARI SYRIA:

1) Syeikh Abu Al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria.

2) Syeikh As-Sayyid As-Syarif Muhammad Al-Makki Al-Kattani, Mufti Maliki.

3) Syeikh Muhammad As‘ad Al-Abaji, Mufti Syafi‘i.

4) Syeikh As-Sayyid Muhammad Salih Al-Farfur.

5) Syeikh Hasan Habannakah Al-Maidani.

6) Syeikh Abdul Aziz Uyun Al-Sud Al-Himsi.

7) Syeikh Muhammad Sa‘id Al-Idlabi Al-Rifa‘i.

DARI MESIR:

1) Syeikh As-Sayyid Muhammad Al-Hafidz Al-Tijani, Imam Hadits di Mesir.

2) Syeikh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir.

3) Syeikh Shalih Al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar.

4) Syeikh Amin Mahmud Khattab Al-Subki.

5) Syeikh Muhammad Al-Aquri.

6) Syeikh Hasan Al-Adawi.

7) Syeikh As-Sayyid Muhammad Abu Al-Uyun Al-Khalwati.

8) Syeikh Dr. Abdil Halim Mahmud, Syeihkul Azhar.

DARI AFRIKA UTARA (MAGHRIBI, ALGERIA, LIBYA DAN TUNISIA):

1) Syeikh As-Sayyid As-Syarif Abdul Kabir Al-Saqali Al-Mahi.

2) Syeikh As-Sayyid Abdullah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadits.

3) Syeikh As-Sayyid Abdul Aziz bin Al-Siddiq Al-Ghimari.

4) As-Syarif Idris As-Sanusi, Raja Libya.

5) Syeikh Muhammad At-Tahir ibn Ashur, Imam Zaytunah, Tunis.

6) Syeikh At-Tayyib Al-Muhaji Al-Jaza’iri.

7) Syeikh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi.

8) Syeikh As-Sayyid As-Syarif Muhammad Al-Muntasir Al-Kattani.

DARI SUDAN:

1) Syeikh Yusuf Hamad An-Nil.

2) Syeikh Muddassir Ibrahim.

3) Syeikh Ibrahim Abu An-Nur.

4) Syeikh At-Tayyib Abu Qinayah.

DARI RANTAU INDO-PAK:

1) Syeikh Abul Wafa Al-Afghani Al-Hanafi.

2) Syeikh Abdul Mu‘id Khan Hyderabadi.

3) Al-Imam Al-Arif Billah Musthafa Rida Khan Al-Barelawi, Mufti India.

4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan.

5) Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadits.

6) Maulana Zafar Ahmad Thanawi.

7) Syeikh Al-Muhaddits Habib Ar-Rahman Al-Azami.

8) Sayyid Abul Hasan Ali An-Nadawi.

Silsilah ini hanya merupakan Ulama masyhur yang As-Sayyid Muhammad Alawi telah mendapat ijazah darinya, dan di sana terdapat banyak lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyayeikh ini dalam pelbagai latarbelakang dan pengkhususan.

KARIER MENGAJAR

Kalimah karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan aktivitas mengajar As-Sayyid Muhammad, karena kalimah ini amat hampir kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, sebagaimana Masyayeikh tradisional yang lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya karena Allah SWT dan tidak mengharapkan keuntungan material.

Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk mereka makan, minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali ke Negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut ilmu dari beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian di Negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai.

Setelah beliau pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di Universitas Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun 1970.

Pada tahun 1971, setelah Ayahnya meninggal dunia, para Ulama Makkah meminta beliau untuk menggantikan tempat Ayahnya sebagai Guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua Tanah Haram tersebut.

Pada awal tahun 80-an, beliau melepaskan kedudukan mengajarnya di Universitas Ummul Qura juga urusan warisannya di Masjidil Haram, menentang fatwa dari sebagian Ulama fanatik faham Wahabi, yang menganggap kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka.

Sejak saat itu, beliau mengajar kitab-kitab Hadits, Fiqh, Tafsir dan Tasawwuf di rumah dan Masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isya’ dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Banyak pelajar dari Universitas menghadiri pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majelisnya dipenuhi penuntut ilmu.

Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta nasihat oleh Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Juri dalam Musabaqah Qur’an antara bangsa di Makkah selama tiga tahun berturut-turut.

TULISAN BELIAU

Sayyid Muhammad merupakan seorang Penulis produktif dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-Institusi Islam di seluruh Dunia.

Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:

AQIDAH:

1) Mafahim Yajib An-Tusahhah.

2) Manhaj As-Salaf fi Fahm An-Nusus.

3) At-Tahzir min At-Takfir.

4) Huwa Allah.

5) Qul Hazihi Sabeeli.

6) Sharh ‘Aqidat Al-Awam.

TAFSIR:

1) Zubdat Al-Itqan fi Ulum Al-Qur’an.

2) Wa Huwa bi Al-Ufuq Al-A’la.

3) Al-Qawa‘id Al-Asasiyyah fi Ulum Al-Qur’an.

4) Hawl Khasa’is Al-Qur’an.

HADITS:

1) Al-Manhal Al-Latif Fi Usul Al-Hadits As-Sharif.

2) Al-Qawa‘id Al-Asasiyyah fi Ilm Mustalah Al-Hadits.

3) Fadl Al-Muwatta wa Inayat Al-Ummah Al-Islamiyyah Bihi.

4) Anwar Al-Masalik fi Al-Muqaranah Bayn Riwayat Al-Muwatta lil Imam Malik.

SIRAH:

1) Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) Al-Insan Al-Kamil.

2) Tarikh Al-Hawadits wa Al-Ahwal Al-Nabawiyyah.

3) Urf At-Ta’rif bi Al-Mawlid Al-Syarif.

4) Al-Anwar Al-Bahiyyah fi Isra’ wa M’iraj Khayr Al-Bariyyah.

5) Al-Zakha’ir Al-Muhammadiyyah.

6) Zikriyat wa Munasabat.

7) Al-Bushra fi Manaqib Al-Sayyidah Khadijah Al-Kubra.

USUL:

1) Al-Qawa‘id Al-Asasiyyah fi Usul Al-Fiqh.

2) Sharh Manzumat Al-Waraqat fi Usul Al-Fiqh.

3) Mafhum Al-Tatawwur wa At-Tajdid fi Al-Syari‘ah Al-Islamiyyah.

FIQIH:

1) Al-Risalah Al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa Alamiyyatuha.

2) Labbayk Allahumma Labbayk.

3) Al-Ziyarah Al-Nabawiyyah bayn As-Syar‘iyyah wa Al-Bid‘iyyah.

4) Syifa’ Al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr Al-Ibad.

5) Hawl Al-Ihtifal bi Zikra Al-Mawlid Al-Nabawi Al-Syarif.

6) Al-Madh Al-Nabawi bayn Al-Ghuluww wa Al-Ijhaf.

TASAWWUF:

1) Shawariq Al-Anwar min Ad‘iyat As-Sadah Al-Akhyar.

2) Abwab Al-Faraj.

3) Al-Mukhtar min Kalam Al-Akhyar.

4) Al-Husun Al-Mani‘ah.

5) Mukhtasar Shawariq Al-Anwar.

LAIN-LAIN:

1) Fi Rihab Al-Bayt Al-Haram (Sejarah Makkah).

2) Al-Mustashriqun Bayn Al-Insaf Wa Al-Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis).

3) Nazrat Al-Islam ila Al-Riyadah (Dukun dalam Islam).

4) Al-Qudwah Al-Hasanah fi Manhaj Al-Da‘Wah ila Allah (Teknik Dawah).

5) Ma La Aynun Ra’at (Butiran Surga).

6) Nizam Al-Usrah fi Al-Islam (Peraturan Keluarga Islam).

7) Al-Muslimun Bayn Al-Waqi‘ wa Al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman).

8) Kashf Al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin).

9) Al-Dawah Al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan).

10) Fi Sabil Al-Huda wa Al-Rashad (Koleksi Ucapan).

11) Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah).

12) Usul Al-Tarbiyah Al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi).

13) Nur Al-Nibras fi Asanid Al-Jadd Al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas).

14) Al-Uqud Al-Lu’luiyyah fi Al-Asanid Al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi).

15) Al-Tali‘ Al-Sa‘Id Al-Muntakhab min Al-Musalsalat wa Al-Asanid (Kumpulan Ijazah).

16) Al-Iqd Al-Farid Al-Mukhtasar min Al-Athbah wa Al-Asanid (Kumpulan Ijazah).

Daftar di atas merupakan sebagian diantara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak sekali kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak. Kita juga tidak menyebutkan banyak hasil tulisan yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan catatan kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat besar. Banyak sekali hasil tulisan As-Sayyid Muhammad yang telah diterjemahkan ke perbagai bahasa.

KEGIATAN LAIN

As-Sayyid Muhammad merupakan seorang Pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenarnya dan telah bermusafir ke seluruh Asia, Afrika, Eropa dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah SWT dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

Di Asia Tenggara khususnya, As-Sayyid Muhammad secara pribadi telah mendirikan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktivitas dakyah Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di tangan beliau hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya.

Ke mana saja beliau pergi, para Pemimpin, Ulama dan masyarakat di tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia. Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh Dunia, bukan saja karena beliau keturunan Rasulullah SAW, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya.

PENDEKATAN

As-Sayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan mayoritas Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan dalam perbedaan.

Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat Mazhab yang masyhur, tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada Ulama dan Auliya agung yang bebas. Beliau menentang sikap sewenang-wenang yang mengatakan kepada Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebagian faham Wahabi hari ini.

Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang dilebeli reformis abad ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama Islam yang suci. Beliau juga memahami bahwa mencela Asy’ari, Hanafi, Syafi’i dan Maliki, sufi, sebagaimana yang dilakukan oleh sebagian faham Wahabi hari ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummat Islam ribuan tahun yang lalu. Mencela hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya pendekatan persamaan.

Sayyid Muhammad juga sangat mempercayai bahwa Ulama-Ulama Mazhab yang agung – mengikuti Sunni-Sufi – sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita kepada Al-Qur’an dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai sebagian pihak.

Kefahaman yang benar berkenaan Al-Qur’an dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran para Ulama Besar Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman modern ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela mayoritas Muslim di seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat mayoritas ummah ini adalah baik. Kumpulan-kumpulan minoritas yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula faham ekstrim mereka.

Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenarnya Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Auliya’ agung dan solehin ummat ini. Beliau sendiri merupakan Maha Guru kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para Masyayeikh Tariqah yang agung.

Beliau juga mempercayai bahwa membaca dzikir, baik secara sendirian atau berkumpulan, adalah bagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya diwajibkan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang.

Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada untuk meningkatkan taraf ummat mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga material, dan tidak membuang waktu yang berharga dengan menyibuki berbagai perkara-perkara kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara yang telah diperselisihkan oleh para Ulama. Mereka sebaliknya perlu bergandengan bahu membahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai kejahatan dan dosa.

Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal, Mafahim Yajib An-Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diakui tinggi di lingkaran para Ulama.

PENUTUP

Tidak diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat ummat ini. Beliau merupakan Pewaris kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari sudut darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau sebagaimana dapat dilihat pada waktu sholat jenazah beliau.

Siapa saja yang pernah menemui beliau, akan jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di Kota Suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk Ulama dan para Penuntut yang menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal arti takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan karena kebenaran. Walau bagaimanapun pertolongan Allah SWT kelihatan sentiasa bersama dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Aamiin.

Untuk lebih jelasnya tentang kehidupan dan pencapaian beliau bisa dilihat dalam biografinya yang hebat bertajuk, Al-Maliki Alim Hijjaz, karangan Penulis dan sejarawan terkenal Makkah, Dr. Zuhaer Kutbi.

KEWAFATANNYA

Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jum’at, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kewafatannya amat mengejutkan.

Benar itu adalah satu kehilangan yang amat besar. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh Dunia Islam. Sholat janazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk Dunia. Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jum’at.

Saya adalah diantara yang menunaikan sholat jenazah (Pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl). Ratusan ribu manusia membanjiri upacara pemakamannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih. Ini merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan. Allahu Akbar.

Betapa hebatnya beliau, betapa besarnya kehilangan ini, betapa ramainya yang mensholatinya. Saya tahu, mata saya tidak pernah menyaksikan seorang seperti beliau. Seorang yang amat dicintai oleh masyarakat seperti beliau. Seorang Ulama yang berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah.

Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang Tentara diperintah oleh Kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat Diraja juga turut hadir. Para manusia mengumandangkan Kalimah Thoyyibah dengan suara keras sepanjang upacara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan.

Beliau dikebumikan di sebelah Ayahnya, berdampingan dengan Makam Neneknya Sayyidah Khadijah Al-Kubro. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telepon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah pada bulan Ramadhan. Ketika dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, “Tidakkah engkau ingin menghadiri pemakamananku ?.”

Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jum’at. Apakah lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah SWT atas beliau ?!. Makkah menangisi kepergiannya. Seluruh dunia Islam menangisi kehilangannya. Semoga Allah SWT menganugerahkan beliau tempat yang tertinggi di Jannah, bersama-sama Kekasihnya dan Datuknya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Aamiin.

Wallahu A’lam. Wassollahu Ala Saiyidina Rasulillah wa Alaa Alihi Wasohbihi wa Man Walah, Walhamdulillahi Rabbil Aalamiin.

Rujukan: http://www.ba-alawi.com

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.